Tuesday, November 3, 2009

Program TV untuk Kanak-Kanak

Anda pasti sedar, setiap hari anak-anak anda dihidangkan dengan rancangan televisyen yang tidak sesuai untuk tahap pemikiran mereka. Cuba namakan satu program untuk kanak-kanak yang dibuat di Malaysia yang berkualiti untuk anak anda. Jawapannya boleh dikatakan tiada. sedangkan merekalah yng saban waktu berada di hadapan televisyen sekembalinya dari sekolah. Rancangan kanak-kanak ini jika bersaing dengan program tv yang lain pstinya mereka terpinggir dari segi rating. Sebab itu stesen tv tidak berminat untuk menayangkan program sebegini. Dulu-dulu masa kanak-kanak saya masih ingat rancangan Cumi dan Ciki terbitan RTM dengan suara manja Kak Ann. Sekarang di RTM hanya tinggal tadika Cumi dan Ciki yang tereletak di hadapan rumah wartawan. Programnya sudah lama berkubur.

Tidak dapat tidak program-program kanak-kanak seperti ini perlu pembelaan. Ianya perlu diterbit dan disiarkan biarpun ratingnya tidak begitu tinggi. Harapan yang tinggi terhadap RTM sebagai penyiar kerajaan atau boleh dikatakan sebagai public service broadcaster yang tidak bermatlamat keuntungan.

Lebih banyak avenue saya kira boleh diberikan oleh ASTRO dalam channel-channel yang terdapat di ASTRO bagi program kanak-kanak buatan tempatan dengan acuan tempatan. Maka tidaklah anak-anak kita hanya berminat menonton Playhouse Disney Channel dan Cartoon Network. Pada saya Disney Penthouse bagus tapi tiada pengisian local.

Usaha Astro menerbitkan program kanak-kanak seperti Tom Tom Bak adalah baik. Tetapi perlu diisi lagi dengan program-program lain yang mencerna minda anak-anak.

Saya pernah menjadi juri bagi Anugerah Sri Angkasa 2006 untuk memilih rancangan kanak-kanak terbaik. Dalam banyak penyertaan yang dihantar tiada satu pun program yang layak dinobatkan sebagai program kanak-kanak terbaik Malaysia. Ada satu penyertaan yang agak kreatif dan coloful tetapi tidak dapat dibezakan program ini terbitan tv Malaysia atau TV Taiwan.

Kesian anak-anak kita terpaksa mencerna cerita-cerita keluarga yang kompleks dengan pelbagai permasalahan sosial seperti yang dihidangkan di drama drama tv Malaysia. Interpretasi anak-anak terhadap apa yang dilihat di tv adalah amat berbeza dengang apa yang kita tafsirkan berdasarkan pengalaman hidup kita yang sudah matang. Merela terlalu kecil untuk mencerap isu-isu sosial yang diketengahkan di drama-drama ini. Maka berilah ruang untuk mereka. Bairlah kita dahulukan mereka di media televisyen ini.

No comments:

Post a Comment