Monday, December 21, 2009

Utusan Malaysia Online - Terkini

Utusan Malaysia Online - Terkini

Dasar industri kreatif negara siap digubal pertengahan 2010

21/12/2009 8:19pm

KUALA LUMPUR 21 Dis. — Dasar yang kompetitif dan komprehensif mengenai industri kreatif negara dijangka siap digubal pertengahan tahun depan, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.
Beliau berkata dasar itu merangkumi komponen kandungan seperti industri filem, drama dan animasi serta komponen seni budaya dan warisan iaitu seni kraf, seni visual dan seni persembahan.
"Kementerian ini akan memastikan penglibatan bersama pelbagai pihak seperti industri kreatif sendiri, badan-badan bukan kerajaan dan kementerian atau jabatan lain dalam usaha memastikan impak maksimum dasar ini sekaligus dapat memberi faedah kepada seluruh rakyat,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Dewan Negara di sini hari ini. - Bernama

Thursday, December 3, 2009

Rais Yatim- 30% RTM siar dasar kerajaan

30 peratus program RTM siar dasar kerajaan KUALA LUMPUR - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memperuntukkan 30 peratus masa siaran bagi menyalurkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan manakala 70 peratus lagi dimuatkan dengan rancangan hiburan berinformasi dan rancangan berkonsepkan pembentukan negara bangsa. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata ia selaras dengan penubuhan RTM sebagai media rasmi kerajaan yang bukan sahaja berfungsi sebagai badan penyiar berita bahkan merangkumi tugasan membina negara bangsa. “RTM sentiasa membaiki mutu siarannya. Apa juga perancangan dan aktiviti penyiaran, adalah mengambil kira cita rasa khalayak yang membuktikan bahawa rakyat didahulukan. RTM memperuntukkan 30 peratus masa siaran bagi menyalurkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan manakala 70 peratus dimuatkan dengan rancangan hiburan berinformasi dan rancangan berkonsepkan pembentukan negara bangsa,” katanya. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Ab Aziz Ab Kadir (PKR-Ketereh) yang ingin tahu sama ada kementerian itu mempunyai cadangan untuk menjadikan RTM sebagai wadah melahirkan satu bentuk pola pemikiran, nilai dan budaya baru yang menggambarkan amalan Pencapaian Didahulukan, Rakyat Diutamakan. - Bernama:

Wednesday, November 11, 2009

Jangan Berperangai Seperti beruk


Tertarik dengan ulasan Datuk Ibrahim Yahya http://duniatiger.blogspot.com/ berkenaan kemarahan beliau atas perilaku beruk yang melastik jurukamera RTM. Memang sepatutnya Datuk Tiger marah sebab yang kena lastik ialah anak buahnya. Yang sepatutnya dilastik ialah beruk yang melastik jurukamera RTM itu.. Ini sudah terbalik


Sila baca...

Tuesday, November 10, 2009

JANGAN BERPERANGAI MACAM BERUK
ANGKASAPURI : Saya berdoa agar polis segera menangkap orang gila ini. Mengapa saya kata gila kerana mereka 'melastik' orang yang tidak berdosa. Tindakan gila ini menyebabkan salah seorang daripada jurukamera saya cedera dilastik dengan guli-guli. Kepala beliau berdarah dan kini mengambil cuti beberapa hari. Berdoa agar beliau segera sembuh.Mengapa jurukamera yang bertugas untuk menyiarkan siaran langsung bolasepak 'dilastik'? Apakah dosa mereka? Oleh itu, saya tidak terkilan dengan kekalahan Kelantan. Mungkin tuhan sudah bosan dengan perangai penyokong Kelantan 'melastik' orang tidak berdosa yang menyebabkan pasukan itu kalah. KUALA LUMPUR 9 Nov. - Polis akan memburu penyokong-penyokong bola sepak Kelantan yang dipercayai bertindak agresif serta menjadi dalang menimbulkan huru-hara ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.Mereka yang terlibat dalam insiden memalukan itu sedang dikenal pasti melalui rakaman video dan gambar yang diambil sepanjang perlawanan tersebut.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman menegaskan, mereka yang dikesan akan diambil tindakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan berkerjasama dengan Polis Kontinjen Kelantan bagi mengesan serta mengecam mereka yang terlibat.''Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam hal ini. Kita tegas dalam mengambil tindakan ke atas mereka,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.Selain membaling mercun dan botol, perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-83 itu turut dicemari dengan insiden membakar tempat duduk stadium dan kain rentang. Malah, seorang krew kamera RTM turut cedera terkena batu yang dibaling oleh penyokong.Muhammad Sabtu berkata, polis juga akan mengadakan perjumpaan dengan pihak stadium dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat ini.Ia bertujuan membincangkan kelemahan serta 'kebocoran' yang wujud di bangunan stadium pada malam itu sehingga ada antara penonton menyeludup masuk mercun serta botol air melalui pagar di sekeliling stadium, katanya.Orang nombor satu kontinjen Kuala Lumpur itu menyifatkan tindakan melampau penyokong Kelantan yang 'beraksi' di luar kawalan seolah-olah mencabar polis.''Sebelum ini pun, kita telah mengeluarkan arahan supaya penyokong tidak bertindak di luar kawalan, tapi mereka degil. Jadi, kita terpaksa bertindak,'' tegasnya.
at
21:04

Monday, November 9, 2009

Negara memerlukan Dasar Industri Kreatif Yang Mantap & Komprehensif

Negara memerlukan satu dasar Industri Kreatif yang mantap dan komprehensif bagi membolehkan industri kreatif dan media dapat berkembang dengan baik agar ia dapat menyumbang terhadap pembangunan negara. Di Malaysia terdapat beberapa agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap industri kreatif ini antara agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan seperti SKMM Finas, RTM, Filem Negara dsbnya. Jika sebelum percantuman Kementerian Penerangan dan juga Kementerian Tenaga Air & Komunikasi terdapat bebarapa masalah dari segi regulasi media, namun keadaan ini diharap dapat diselesaikan dengan tercantum Kementerian Penerangan & KTAK.

Namun ketika ini masih lagi wujud keadaan di mana wujud pertindihan fungsi siapa yang patut mendepani isu media kreatif di Malaysia. Mdec sebuah agensi di bawah Mosti juga terbabit secara langsung dalam industri media kreatif ini kerana elemen teknologi multi media adalah sebahagian daripada fungsi Mdec.

Baru-baru ini penulis dijemput menyertai satu Seminar Industri Multimedia Kreatif anjuran Mdec dalam mencari satu formula membentuk dasar dasar industri media kreatif ini. Usaha ini sangat dialu-alukan. Kementerian penerangan juga tahun lepas telah mengadakan satu Konferense Industri Kreatif di Hotel Nikko membincangkan masa depan industri media kreatif negara.

Penulis sempat berdiskusi dengan penganjur Seminar Industri Multi media Kreatif Mdec alangkah baik semuanya pihak yang terbabit secara langsung dalam industri ini dapat bersama memikirkan bagaimana untuk membentuk satu polisi yang mantap dan diterima oleh semua merentasi batasan kementerian yang berbeza. Jika setiap pihak membentuk polisi sendiri maka akan menyebabkan berlaku kekeliruan dan cacamerba. Hakikat ini diakui oleh Timbalan Presiden Mdec En Kamil Othman dan amat bersetuju sekiranya semua pihak yang terbabit dalam industri media kreatif duduk semeja memikirkan masa depan dan hala tuju media kreatif di Malaysia.

Hakikatnya industri media kreatif kita masih lagi belum tersusun dengan baik. Ia memerlukan satu polisi yang diterima semua dan menjadi panduan bagi memacu industri ini menjadi industri yang berdaya saing dan memberi manfaat kepada negara.

Pokoknya bagi menjayakan dasar ini ianya memerlukan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam indusri ini termasuklah agensi agesi kerajaan dan juga persatuan-persatuan penerbitan . Maka marilah kita bersama-sama duduk semeja demi pembangunan industri media kreatif milik kita bersama.

Tuesday, November 3, 2009

Program TV untuk Kanak-Kanak

Anda pasti sedar, setiap hari anak-anak anda dihidangkan dengan rancangan televisyen yang tidak sesuai untuk tahap pemikiran mereka. Cuba namakan satu program untuk kanak-kanak yang dibuat di Malaysia yang berkualiti untuk anak anda. Jawapannya boleh dikatakan tiada. sedangkan merekalah yng saban waktu berada di hadapan televisyen sekembalinya dari sekolah. Rancangan kanak-kanak ini jika bersaing dengan program tv yang lain pstinya mereka terpinggir dari segi rating. Sebab itu stesen tv tidak berminat untuk menayangkan program sebegini. Dulu-dulu masa kanak-kanak saya masih ingat rancangan Cumi dan Ciki terbitan RTM dengan suara manja Kak Ann. Sekarang di RTM hanya tinggal tadika Cumi dan Ciki yang tereletak di hadapan rumah wartawan. Programnya sudah lama berkubur.

Tidak dapat tidak program-program kanak-kanak seperti ini perlu pembelaan. Ianya perlu diterbit dan disiarkan biarpun ratingnya tidak begitu tinggi. Harapan yang tinggi terhadap RTM sebagai penyiar kerajaan atau boleh dikatakan sebagai public service broadcaster yang tidak bermatlamat keuntungan.

Lebih banyak avenue saya kira boleh diberikan oleh ASTRO dalam channel-channel yang terdapat di ASTRO bagi program kanak-kanak buatan tempatan dengan acuan tempatan. Maka tidaklah anak-anak kita hanya berminat menonton Playhouse Disney Channel dan Cartoon Network. Pada saya Disney Penthouse bagus tapi tiada pengisian local.

Usaha Astro menerbitkan program kanak-kanak seperti Tom Tom Bak adalah baik. Tetapi perlu diisi lagi dengan program-program lain yang mencerna minda anak-anak.

Saya pernah menjadi juri bagi Anugerah Sri Angkasa 2006 untuk memilih rancangan kanak-kanak terbaik. Dalam banyak penyertaan yang dihantar tiada satu pun program yang layak dinobatkan sebagai program kanak-kanak terbaik Malaysia. Ada satu penyertaan yang agak kreatif dan coloful tetapi tidak dapat dibezakan program ini terbitan tv Malaysia atau TV Taiwan.

Kesian anak-anak kita terpaksa mencerna cerita-cerita keluarga yang kompleks dengan pelbagai permasalahan sosial seperti yang dihidangkan di drama drama tv Malaysia. Interpretasi anak-anak terhadap apa yang dilihat di tv adalah amat berbeza dengang apa yang kita tafsirkan berdasarkan pengalaman hidup kita yang sudah matang. Merela terlalu kecil untuk mencerap isu-isu sosial yang diketengahkan di drama-drama ini. Maka berilah ruang untuk mereka. Bairlah kita dahulukan mereka di media televisyen ini.

Saturday, October 31, 2009

Apa Program Kurang Komersial?

Yang saya maksudkan program kurang komersial adalah program-program televisyen yang ratingnya tidak begitu tinggi mungkin disebabkan niche market yang kecil. Program kanak-kanak, dokumentari, bicarawara banyak tergolong dalam kumpulan ini. Justeru bagilah ruang pada program seprti ini untuk hidup demi peranan televisyen sebagai agen pendidikan.

Cobaan

update pakai sms.cool

Program TV Bukan Komersial Perlu Diberi Perhatian

Melalui peruntukan Budget 2010 untuk kreatif Industri diharapkan
program-program tv yang kurang mempunyai nilai komersial dapat
diitingkatkan jumlahnya. Sebagai contoh program kanak-kanak. Cuba
namakan satu program untuk kanak-kanak locally produced yang terbaik
yang ada di televisyen Malaysia. Walhal anak-anak kita setiap jam
menonton tv dan mereka dipaksa menerima kandungan yang tidak sesuai
untuk fikiran mereka.

Golongan Muda Perlu Memanfaat Media

Golongna muda bukan hanya sekadar pengguna kepada bahan dalam media. Mereka juga seharusnya memaksimumkan penggunaan media sebagai sumber kepada media. Apa yang penting generasi muda diberi ruang untuk berkreatif (dengan izin:dengan bimbingan) untuk menyatakan pandangan ikhlas mereka tentang sesuatu perkara. Terlalu mengongkong dengan "do and dont" menyebabkan mereka langsung tak mahu berfikir. Atau lebih malang lagi jika merka hanya diam dan akhirnya bom jangka meletup. Ketika itu usah disesalkan lagi

Budget 2010 Untuk Industri Media Kreaif

Amat teruja apabila Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM200 juta dalam budget 2010 unuk industri kreatif. Peruntukan disalurkan melalu Bank Simpanan Nasional. Diharap dengan peruntukan seperti ini akan berwarna-warnilah industri media tempatan. Kawan-kawan dalam industri menyatakan "big boy" (media conglomerate) tidak wajar memohon geran ini. Berilah ruangan kepada "small player" untuk hidup.